Tempatan Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dihentikan sementara menjelang Hari Raya Aidilfitri

Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dihentikan sementara menjelang Hari Raya Aidilfitri

20

KUCHING: Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof memberitahu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dihentikan sementara.

Katanya, ini disebabkan faktor keselamatan dan mengelak kesesakan lalu lintas memandangkan lalu lintas dijangka sesak.

Untuk memastikan keselamatan terjamin, kelajuan jalan turut dikurangkan daripada 90 km sejam menjadi 80 km sejam di mana ia sudah pun digazetkan untuk mengurangkan berlakunya kemalangan.

“Kita telah memberhentikan kerja-kerja yang boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas, cuma kerja-kerja kecemasan sahaja dapat dilaksanakan sepanjang hari raya dalam tempoh-tempoh tertentu,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri 2022 di Pusat Khidmat N7 Samariang, Kuching pada Jumaat.

Previous articleLebuhraya Pan Borneo Sarawak kini 80 peratus siap, dijangka siap sepenuhnya suku pertama tahun 2023
Next articleUmat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidilfitri, Isnin 2 Mei 2022
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here