Tempatan Pembukaan sempadan antarabangsa, Sarawak belum buat keputusan

Pembukaan sempadan antarabangsa, Sarawak belum buat keputusan

13

KUCHING: Sarawak masih belum membuat keputusan berkenaan pembukaan sempadan negara pada 1 Mac ini seperti yang dicadangkan Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Bagaimanapun, menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, ini adalah masa yang sesuai bagi membuka pintu sempadan memandangkan banyak negara telah melaksanakannya.

“Banyak negara telah membuka pintu sempadan antarabangsa mereka. Jika kita tidak mengikut langkah ini kita akan menghadapi masalah.

“Oleh itu, saya mengalu-alukan sepenuhnya cadangan MPN itu dan tanpa kuarantin sepenuhnya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat X-Tive 2022 di Bangunan Baitulmakmur pada Khamis.

Tambah Dato Sri Abdul Karim lagi, rakyat tidak perlu risau pembukaan sempadan kerana mereka pelancong atau pengunjung yang datang perlu mendapatkan vaksinasi dos penggalak sebagai syarat utama kemasukan ke negeri ini.

“Selagi sudah divaksinasi, kita tidak perlu bimbang. Apa yang penting ialah mesti mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP),” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyokong sepenuhnya keperluan menggunakan borang pengisytiharan e-Kesihatan dan tidak dalam penggunaa Enter Sarawak.

Previous articleB. Sathianathan ketua jurulatih baru SUFC
Next articlePerdana Menteri dijangka rasmikan Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here