Tempatan Pemergian Ahmad Urai kehilangan besar kepada Sarawak, Malaysia – Abang Johari

Pemergian Ahmad Urai kehilangan besar kepada Sarawak, Malaysia – Abang Johari

14

KUCHING: Pemergian Allahyarham Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen disifatkan sebagai kehilangan besar kepada negara dan Sarawak, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, allahyarham banyak menyumbang kepada pembangunan negara dan negeri sepanjang penglibatannya dalam arena politik dan pegawai tinggi kerajaan.

“Tan Sri Ahmad Urai adalah seorang anak Sarawak yang telah banyak berjasa bukan sahaja sebelum dan pasca merdeka tetapi juga di peringkat kepimpinan kerajaan,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika ditemui semasa menziarah keluarga Allahyarham di Jalan Muda Hashim, Kuching pada Ahad.

Mengulas sejarah penglibatan bersama Ahmad Urai, Abang Johari berkata allahyarham merupakan salah seorang pemimpin veteran politik dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Malah pernah menggalas jawatan penting dalam bukan sahaja di peringkat negeri tetapi di Malaysia termasuk dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara menggantikan Tan Sri Benedict Stephens bermula pada 12 Julai 1988 hingga 9 Julai 1990.

“Beliau juga telah menyumbang jasanya dari sudut perjuangan politik khasnya dalam parti PBB dan sudah tentu PBB kehilangan pemimpin yang mempunyai banyak pengalaman,” jelasnya.

Secara peribadi, kata Abang Johari, beliau turut kehilangan seorang bapa saudara yang banyak memberi nasihat kepada generasi muda dalam menawarkan perkhidmatan kepada rakyat.

“Saya kehilangan seorang ayah saudara kerana Tan Sri adalah sepupu dengan allahyarham ayah saya sudah tentu kita merasa kehilangan beliau di antara orang dari generasi tua yang banyak memberi nasihat kepada kita generasi muda dalam sudut bagaimana kita hendak berkhidmat dengan masyarakat,” ujarnya.

Terdahulu Allahyarham Ahmad Urai meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Normah, Kuching sekitar jam 12.30 tengah malam Sabtu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 89 tahun, sebelum itu beliau menghadiri majlis makan malam sempena pelantikan dan pemasyhurannya sebagai Penaung Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) di Hotel Waterfront Kuching.-ASTRO AWANI

Previous article‘Nek Udak’ telah tiada, Tan Sri Abang Ahmad Urai meninggal dunia
Next articleAS tidak mewajibkan pelancong tiba melalui laluan udara jalani ujian COVID-19
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here