Tempatan

Peminat Rain penuhi Old Court House

KUCHING: Ribuan pengunjung memenuhi Old Court House di sini bagi menemui artis Korea Selatan kegemaran mereka iaitu Rain.

Pertemuan Rain atau nama sebenarnya Jung Ji Hoon bersama peminatnya itu mendapat sambutan yang menggalakan di mana para peminat sanggup menunggu lebih awal dan berpanas menanti artis kegemaran mereka.   

Ketibaan artis berumur 41 tahun itu pada jam 4 petang disambut oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (Industri Kreatif dan Seni Persembahan) Datuk Snowdan Lawan bersama Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Pelancongan) Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Rain meluangkan masa selama lebih kurang 10 minit bersama peminatnya dan turut berkesempatan menjawab beberapa soalan daripada peminat.

Dalam sesi bersama peminat itu, selain menyifatkan bandar Kuching sebagai syurga, laksa sarawak menjadi makanan kegemarannya sepanjang berada di Kuching.

Kehadiran Rain di Kuching itu adalah sebagai artis jemputan utama Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2023 yang diadakan di Kuching bermula 2 hingga 4 Ogos serta beliau akan menghadiri malam gala AIFFA yang diadakan di Hotel Pullman Kuching pada jam 8 malam ini.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *