Nasional

Pemuda maut selepas kereta Porsche dipandunya terbabas

KUALA LUMPUR: Seorang pemuda maut apabila kereta mewah jenis Porsche dipandunya terbabas di Kilometer 55 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak arah Kuantan, dekat Bentong, Pahang, semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 1 tengah hari itu, Lee Cheng Yik, 22, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 1.52 tengah hari.

Susulan itu, beliau berkata, seramai 10 pegawai serta anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi, pasukan mendapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah kereta Porsche yang terbabas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zulfadli berkata, mangsa dilaporkan tersepit di bahagian pemandu kereta berkenaan akibat kemalangan itu.

“Pihak bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan alat penyelamat hidraulik.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan, dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.-BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *