Tempatan Pencapaian calon SPM 2021 Sarawak memberangsangkan

Pencapaian calon SPM 2021 Sarawak memberangsangkan

8

KUCHING: Seramai 12 pelajar dari 9 sekolah di Sarawak telah mencatat keputusan cemerlang dengan memperoleh A+ dalam semua mata pelajaran pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Pengarah Pendidikan Sarawak Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, daripada jumlah itu seorang pelajar memperoleh 11A+, enam orang 10A+ dan lima pelajar lagi berjaya mendapat 9A+.

“Secara keseluruhan pencapaian calon SPM di Sarawak adalah amat memberangsangkan dengan nilai Gred Purata Negeri (GPN) 5.17 dan seramai 596 pelajar memperoleh sekurang-kurangnya A- dalam semua mata pelajaran.

Seramai 29,166 atau 88.29 peratus calon layak mendapat sijil manakala, 17 sekolah calonnya mencapai 100 peratus layak mendapat sijil dalam SPM 2021.

“Secara keseluruhannya kebanyak sekolah di Sarawak boleh dirumuskan dalamkategori sekolah cemerlang, baik dan memuaskan,” katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2021 di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak pada Khamis.

Mengulas lanjut, Azhar berkata tiga buah sekolah (1.59 peratus) memperoleh pencapaian cemerlang , 30 buah sekolah (15.87 peratus) memperoleh keputusan baik dan 153 (80.95 peratus) memperoleh pencapaian memuaskan.

Hanya tiga buah sekolah (1.59 peratus) memperoleh Pencapaian Berpotensi.

Previous articleDatuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Inspirasi Kemenangan GPS dan PBB Dalam PRN12 Sarawak Lepas
Next articleSarawak akan terus tambah pendapatan untuk capai negeri maju
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here