Nasional Pendaftaran PICKids lepasi 1 juta

Pendaftaran PICKids lepasi 1 juta

3

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, pendaftaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICK Kids) melepasi sejuta sejak dilancarkan pada 3 Februari lalu.

Menerusi hantaran di laman Twitter hari ini, Khairy meminta agar ibu bapa tidak lagi mengambil sikap tunggu dan lihat bagi mendapatkan suntikan vaksinasi buat kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

“Minggu ketiga pelaksanaan PICK Kids, pendaftaran sudah melepasi 1 juta iaitu 28 peratus kohort 5-11 tahun.

“Harap ibu bapa tidak lagi mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ kerana kadar kemasukkan hospital kanak-kanak mula meningkat. Daftarkan anak anda untuk PICK Kids hari ini!,” katanya.

Khairy turut berkongsikan pendaftaran infografik setakat semalam yang menyaksikan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah tertinggi diikuti Pulau Pinang dan Putrajaya.

Pendaftaran paling  terendah pula direkodkan di negeri Kelantan. – UTUSAN

Previous articleYADIM Sarawak diberikan pengiktirafan CDERT APM
Next articleProgram Jualan Keluarga Malaysia diperluas seluruh negara
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here