Tempatan Penduduk Rumah Resat Udin tarik nafas lega, Projek Pelebaran Jalan siap 10...

Penduduk Rumah Resat Udin tarik nafas lega, Projek Pelebaran Jalan siap 10 Februari lepas

3

SARIKEI: Projek Pelebaran Jalan menuju RH Resat anak Udin, Sare sudah siap sepenuhnya pada 10 Februari 2022.

Perkara ini dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Manis Datu Len Talif Salleh dalam status terbarunya di Facebook pada Selasa.

Pembinaan jalan sepanjang 2 km itu dibuat menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjumlah RM400,000.

Penyerahan dokumen telah dilakukan wakil kontraktor Syarikat Katilina Enterprise kepada Tr Resat dan disaksikan wakil pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR), Penghulu Bidai Ngisang dan wakil ADUN Kuala Rajang Baijuri Jauji.

Semoga dengan adanya kemudahan jalan berkenaan dapat dimanfaat dan memberi keselesaan kepada penduduk di rumah panjang berkenaan dalam meningkat ekonomi masyarakat setempat pada masa akan datang.-SN

Previous articleSelamat Menyambut Chap Goh Meh 2022
Next articleDividen KWSP dijangka cecah 6 peratus
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here