Tempatan

Pengajian undang-undang antara kursus baharu ditawarkan Swinburne Sarawak

KUCHING: Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak akan memperkenalkan beberapa kursus baharu.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, antara kursus pengajian baharu yang ditawarkan kelak ialah undang-undang.

“Dalam pengajian undang-undang, universiti akan membenarkan pelajar mengikuti program selama satu setengah tahun di kampus di sini sebelum menamatkan baki tempoh pengajian di kampus induk di Melbourne, Australia,” katanya.

Abang Zohari yang merupakan Pro-Canselor Swinburne Kampus Sarawak berkata demikian semasa berucap pada Mesyuarat ke-36 Majlis Swinburne Sarawak di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, di sini pada Rabu.

Beliau menjelaskan, antara subjek yang ditawarkan di bawah program berkenaan ialah undang-undang Sarawak termasuk undang-undang tanah, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan undang-undang Tanah Adat Anak Negeri (NCR).

Selain itu Premier Sarawak juga memberitahu, kursus lain yang ditawarkan ialah dalam keselamatan siber, sains data, reka bentuk industri dan kejuruteraan perisian.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau mengalu-alukan Pengerusi Lembaga Pengarah baharu Datuk Amar Jaul Samion, yang mengambil alih tugas Tan Sri Datuk Amar (Dr) Mohd Morshidi Abdul Ghani.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news
Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *