Tempatan Penganjuran Pesta Benak perlu dapat kebenaran JPBN Sarawak

Penganjuran Pesta Benak perlu dapat kebenaran JPBN Sarawak

5

SRI AMAN: Penganjuran Pesta Benak Sri Aman tahun ini perlu mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Perkara ini dimaklumkan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Kiosk di Jalan Kelab Sri Aman pada Khamis.

Katanya, penganjuran Pesta Benak itu bergantung sepenuhnya kepada perkembangan semasa kes positif COVID-19 di Sarawak biarpun negara kini dalam peralihan ke fasa endamik bermula April ini.

“Penganjuran Pesta Benak Sri Aman terpaksa ditangguhkan pada tahun 2020 setelah kes jangkitan positif COVID-19 meningkat.

“Bagaimanapun, perkembangan pandemik COVID-19 akan terus dipantau dan kita tidak mahu wujudnya kluster Baharu melibatkan sambutan Pesta Benak seperti mana yang berlaku dalam satu acara di Kuching baru-baru ini,” katanya.

Ujar beliau lagi, pemilihan tarikh Pesta Benak Sri Aman pada tahun ini hanya akan dilakukan selepas mendapat lampu hijau daripada JPBN Sarawak.

Biasanya ia akan diadakan pada bulan Ogos, September atau Oktober setiap tahun.-SN

Previous articleCovid:19: Dua lagi aksi Liga Premier babit KCFC ditangguh
Next articleKanak-kanak berisiko dijangkiti COVID-19
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here