Tempatan Pengawal kelab malam disyaki membunuh Bill Kayong dihukum mati

Pengawal kelab malam disyaki membunuh Bill Kayong dihukum mati

14

KUCHING: Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati ke atas seorang lelaki tempatan kerana membunuh Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri, Bill Kayong pada Jun 2016.

Panel tiga hakim yang terdiri Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Abdul Rahman Sebli menolak rayuan yang dikemukakan Mohamad Fitri Pauzi, 35 tahun pada Selasa.

Datuk Nallini memberitahu bahawa mahkamah bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman ke atas tertuduh.

Beliau juga berkata tiada merit dalam rayuan terbabit.

Tertuduh Mohamad Fitri yang bekerja sebagai pengawal di kelab malam didapati bersalah di Mahkamah Tinggi Miri pada 2018 kerana membunuh Setiausaha PKR Miri Bill Kayong dengan menembak mangsa di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasar raya di Jalan Miri-Kuala Baram pada 21 Jun 2016.

Rayuan tertuduh juga ditolak di Mahkamah Rayuan pada 18 Februari 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan dua orang Timbalan Pendakwa Raya iaitu Abdul Ghafar Abdul Latif dan Muhammad Fitri Azmi Masud manakala, tertuduh diwakili dua orang peguam Ranbir Singh dan Orlando Chua.

Previous articlePasangan suami isteri dari Sarawak meninggal dunia di Cameron Highland selamat dikebumikan
Next articleProgram Dagang dan Perkhidmatan Koperasi atas talian (e-Dapat) serta Program Adaptasi Teknologi & Digitalisasi (C-TAP) dapat sambutan yang memberansangkan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here