Dunia Menarik

Pengguna media sosial bawah 15 tahun di Perancis perlu dapat kebenaran ibu bapa

PARIS: Dewan Rakyat Perancis pada Khamis meluluskan bacaan pertama rang undang-undang mengenai pengguna rangkaian sosial dalam kalangan remaja berumur bawah 15 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa, lapor Sputnik.

Rang undang-undang itu diluluskan menerusi 82 undi menyokong manakala dua lagi membantah.

Buat masa ini pengguna media sosial seperti TikTok dan Snapchat mesti berumur 13 tahun ke atas.

Buat masa ini pengguna media sosial seperti TikTok dan Snapchat mesti berumur 13 tahun ke atas.

Rang undang-undang itu mesti diluluskan oleh Senat Perancis sebelum ia boleh dikuatkuasakan.

TikTok dilancarkan oleh syarikat dari China, ByteDance pada 2018, kini aplikasi itu menjadi peneraju utama dalam segmen aplikasi video pendek dan antara platform media sosial paling popular di seluruh dunia.

Pada Disember tahun lalu, beberapa gabenor Amerika Syarikat (AS) melarang pegawai negeri menggunakan TikTok pada peranti mereka dan di premis negeri.

Institusi Kesatuan Eropah turut mengikuti langkah yang sama pada awal tahun ini.

TikTok mendakwa tindakan itu sebagai tidak berasas dan bermotifkan politik.

Pada Rabu, jurucakap kerajaan Perancis Olivier Veran berkata Presiden Emmanuel Macron dan semua menteri Kabinet telah memadamkan aplikasi TikTok pada telefon bimbit rasmi mereka atas faktor kebimbangan privasi pengguna.-BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *