Tempatan Penghantar makanan maut kemalangan kendiri

Penghantar makanan maut kemalangan kendiri

9

KUCHING: Seorang penghantar makanan maut akibat kecederaan parah di kepala selepas terlibat kemalangan kendiri di Jalan Semariang, di sini pada Isnin.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu, mangsa dikenali sebagai Yuhanis Abdullah, 20, dari Kampung Semariang Pinggir.

Katanya, semasa kejadian mangsa menunggang motosikal dari arah persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Tengah menghala ke Bulatan Semariang sekitar jam 11.35 pagi.

“Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal lalu terbabas sendiri ke sebelah kanan dan melanggar tiang lampu di pembahagi tengah jalan.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas diperiksa anggota paramedik,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous article10 rumah teres musnah dalam kebakaran di Tanjung Kidurong
Next articleKunjungan Delegasi Malaysia Ke Atas Timbalan Gubernor Kalimantan Timur Perkukuhkan Hubungan Sabah Dan Sarawak Dengan Kalimantan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here