Tempatan

Penghormatan terakhir kepada jenazah Tun Taib esok di DUN Sarawak

KUCHING: Mantan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia di hospital swasta di Kuala Lumpur lebih kurang 4.40 pagi hari ini.

Menurut kenyataan Kerajaan Sarawak yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak hari ini, jenazah Tun Taib, 87, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 3.30 petang ini dari Kuala Lumpur dan akan terus dibawa ke rumah beliau di Demak Jaya, Jalan Bako.

Katanya lagi, jenazah akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) esok di mana orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir mulai jam 8 pagi hingga 11:30 pagi.

“Selepas itu jenazah akan dibawa ke Masjid Demakberdekatan kediaman
beliau untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengkebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya,” tambahnya.

Kerajaan Sarawak mengisytiharkan tempoh berkabung di seluruh negeri bermula pada hari ini serta esok dan bendera dinaikkan separuh tiang.

Sebarang acara rasmi yang melibatkan hiburan hendaklah ditangguhkan.

Selain itu, masjid dan rumah ibadah di seluruh negeri juga digalakkan mengadakan majlis doa bagi memperingati pemergian Tun Taib.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *