KUCHING: Raptai penuh perarakan kapal berhias menyaksikan pengunjung turut bersama memenuhi Tebingan Sungai Kuching pada malam Khamis.
Bermula jam 8.30 malam, raptai dimulakan dengan persembahan daripada jet ski dan diikuti dengan perarakan perahu tambang dan kemudiannya 20 buah kapal berhias.
Perarakan sebenar akan diadakan pada Sabtu ini di lokasi yang sama yang akan turut dihadiri oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.
Acara ini juga bakal mempersembahkan nyanyian daripada artis tempatan Sarawak iaitu Hafiz Suip dan Dayang Nurfaizah.
Kali terakhir diadakan pada tahun 2013, acara ini dijangka akan dihadiri ribuan pengunjung kelak.
Orang awam dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan di Reservoir Park, Bangunan Saujan, Medan Letak Kereta Sarawak Plaza, Bangunan Medan Pelita dan Medan Letak Kereta Plaza Merdeka sekiranya mahu menyaksikan acara tersebut.
Beberapa batang jalan akan ditutup antaranya Jalan Wayang/ Jalan Main Bazaar, Jalan Old Court House, Jalan Khoo Hun Yeang dan Jalan Power/Jalan Market akan ditutup
Empat jalan ditutup, dilencong Sabtu ini sempena perarakan kapal berhias bermula jam 4.30 petang bagi memastikan acara perarakan kapal berhias berjalan lancar.
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news
Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/