Sukan Pengurusan tidak jujur punca kegagalan persatuan, kelab bola sepak

Pengurusan tidak jujur punca kegagalan persatuan, kelab bola sepak

11

KUCHING: Kegagalan sesebuah persatuan atau kelab bola sepak untuk terus kekal bertahan berpunca dari sikap pihak pengurusan yang tidak jujur.

Demikian tegas Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah sambil berkata persatuan bola sepak perlu komited dan sanggup berkorban untuk bertahan lama.

Lebih penting tegasnya, persatuan bola sepak juga memerlukan pengurusan yang cekap dalam menguruskan persatuan mereka.

“Untuk satu-satu persatuan bola sepak bertahan lama, ia bukan sahaja memerlukan pemain malah pengurusan yang cekap dan juga baik.

“Masalah untuk mengurus pasukan atau kelab selain penglibatan mereka yang tidak jujur dalam mengurus kelab menjadi punca mengapa segelintir persatuan atau kelab gagal,” katanya berucap pada majlis Perasmian Jersi Kuching City FC 2022 di UCSI Hotel Kuching pada Jumaat.

Dalam ucapannya, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan itu turut memuji pengurusan KCFC diketuai Pengerusinya, Fazzrudin Abdul Rahman kerana berjaya memastikan kelab yang bermula dari bawah itu berkembang hingga mampu kekal bersaing dalam Liga Malaysia.

Jelasnya, seluruh warga Sarawak termasuk kementeriannya akan terus menyokong dan membantu KCFC baik dari segi kewangan mahupun fasiliti.

Terdahulu ketika berucap, Fazzrudin menyeru pemain pasukan itu untuk memberikan komitmen dan berdisiplin dalam menggalas tanggungjawab besar membawa nama Kuching dan menjadi wakil Sarawak bersaing dalam kancah Liga Malaysia tahun ini.

“Tanggungjawab ini bukan sahaja membawa nama Kuching City FC tetapi kita merupakan wakil daripada Negeri Sarawak yang membawa nama Sarawak itu sendiri,” katanya.

Beliau menambah, kejayaan dicapai KCFC hari ini tidak akan tercapai tanpa sokongan dan dokongan dari Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak serta rakan-rakan strategik yang lain.

Jersi KCFC pada tahun ini tampil dalam empat variasi reka bentuk iaitu warna putih untuk perlawanan di tempat sendiri dan warna hitam untuk perlawanan di tempat lawan untuk jersi pemain.

Manakala jersi penjaga gol menggunakan warna merah jambu untuk perlawanan di tempat sendiri dan warna biru untuk perlawanan di tempat lawan.

Hadir sama Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Paza Dan; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak, Semawi Mohamad dan Pengarah Urusan LEA Holdings Sdn Bhd, Raymond Sim Hee Pang. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleLONGi labur RM1.789 bilion di Taman Industri Samajaya 
Next articleMesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN Sarawak Ke-19 diadakan selama tiga hari
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here