Tempatan Penjawat awam Sarawak terima insentif khas satu setengah bulan atau RM2,000, penjawat...

Penjawat awam Sarawak terima insentif khas satu setengah bulan atau RM2,000, penjawat awam Persekutuan terima RM500 

1540

KUCHING: Penjawat awam Sarawak memperoleh insentif khas satu setengah bulan atau minimum RM2,000 untuk semua penjawat awam negeri Sarawak.

“Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat menghargai sumbangan dan komitmen Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab secara profesional sepanjang tahun ini.

“Dengan itu, kerajaan GPS memutuskan untuk memberi insentif khas berjumlah satu setengah bulan gaji pokok atau minimum RM2,000 kepada Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, yang akan dibayar sebelum akhir tahun ini,” kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg semasa menggulung Belanjawan Sarawak 2023 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini pada Khamis. 

Katanya lagi, Pembayaran itu akan dibuat sebelum akhir tahun ini. 

Tambah Abang Zohari lagi, kira-kira 137,000 penjawat awam Persekutuan yang bekerja di Sarawak juga akan diberi bonus RM500 secara one-off setiap seorang.

Previous articleApple tidak berhasrat keluarkan Twitter dari App Store – Elon Musk
Next articleTerima kasih Premier Sarawak
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here