Tempatan

Penunggang maut, motosikal rempuh kereta di Kilometer 4, Jalan Tepok

SARIKEI: Seorang wanita maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 4, Jalan Tepok pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima maklumat kemalangan itu berlaku sekitar jam 8.33 pagi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta jenis Perodua Kenari dalam keadaan terbalik dan sebuah motosikal.

“Pemandu kereta, seorang lelaki telah keluar dengan sendiri sebelum pihak bomba tiba di lokasi manakala penunggang motosikal terbaring di dalam parit dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, pasukan Bomba melakukan ‘Size up’ di sekitar kawasan kemalangan seterusnya mengangkat mangsa dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi ditamatkan pada jam 9:06 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *