Tempatan

Penutupan Sementara Separuh Jalan Di Jalan Datuk Amar Kalong Ningkan, Kuching Bermula 9 Hingga 23 Mei Ini

KUCHING: Separuh jalan di Jalan Datuk Amar Kalong Ningkan, Kuching akan ditutup sementara bermula 9 hingga 23 Mei ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak pada Jumaat, penutupan sementara jalan ini bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan dilakukan.

“Kerja-kerja pembaikan jalan dan penutupan separuh laluan jalan dijalankan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Bahagian Kuching di Jalan Datuk Amar Kalong Ningkan (Seberang SK Hardware) Kuching.

“Ianya bermula pada 9 hingga 23 Mei 2022 dari jam 8:00 malam hingga 5:00 pagi,” katanya.

Tambah JKR Sarawak lagi, lencongan dan penutupan jalan raya hanya akan dilakukan semasa kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan di tapak kerja bagi memberi ruang jentera berat melaksanakan kerja.

“Jalan raya ini akan dibuka secepat mungkin sekiranya kerja penyelenggaraan dapat disiapkan awal bagi melancarkan pergerakan trafik,” tambah kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, orang ramai diminta patuhi papan tanda keselamatan yang telah disediakan di sekitar kawasan yang terlibat dengan memberi kerjasama serta mematuhi arahan penjaga laluan untuk melancarkan pergerakan trafik.

JKR Bahagian Kuching akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaraan.

Pengguna jalan raya dinasihati supaya merancang perjalanan dengan lebih terliti dari masa ke semasa sepanjang kerja-kerja penyenggaraan dijalankan.

Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan dengan aliran trafik di kawasan penyelenggaraan, sila berhubung dengan Pejabat JKR Bahagian Kuching (082-203400) dan DAL HCM (011-51620097) pada waktu pejabat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *