Sukan Penyokong tetap bangga perjuangan Maghribi

Penyokong tetap bangga perjuangan Maghribi

7

CASABLANCA: Mereka mungkin nyaris melangkah ke final Piala Dunia namun penyokong Maghribi tetap menjulang perjalanan bersejarah pasukan itu meskipun laluan mereka tersekat menerusi kekalahan 2-0 di tangan juara bertahan, Perancis.

“Mereka menunjukkan permainan yang hebat tetapi tuah tidak berpihak kepada kita.

“Apapun, kami memberi saingan kepada juara bertahan. Itu yang hebat dan pasukan ini memberikan kami impian di Piala Dunia. Saya tabik hormat kepada mereka,” kata Oussama Abdouh di Casablanca.

Namun bagi Hakim Salama, kekalahan 2-0 di tangan Perancis tampak agak sukar diterima.

“Maghribi menunjukkan keajaiban sejak bermulanya Piala Dunia. Tidak kisahlah sama ada mereka menang ataupun kalah – mereka mendapat penghormatan daripada seluruh rakyat Maghribi dan itulah yang paling tidak ternilai,” kata peniaga jalanan, Rachid Sabbiq.

Kejayaan Maghribi turut mendapat sokongan merentasi benua Afrika.

“Maghribi membanggakan benua Afrika. Saya menyaksikan perkembangan pasukan itu bagaikan ia negara saya sendiri,” kata Sidibey Zoumana dari Ivory Coast namun sudah menetap di Maghribi sejak tahun 2018.

Dari Gaza hingga ke Senegal, kejayaan pasukan itu mengubah imej Maghribi.

“Mereka membuktikan pasukan dari Afrika mampu memberi saingan,” kata Said Mouhssine. -AFP

Previous articleFinal Piala Dunia: Pertembungan Messi-Mbappe
Next articlePerancis iringi Argentina ke final
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here