Tempatan Peralihan Fasa Endamik: MIS akan kemaskini SOP masjid ikut situasi semasa

Peralihan Fasa Endamik: MIS akan kemaskini SOP masjid ikut situasi semasa

14

KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) akan mengadakan perbincangan lanjut bagi mengemaskini Prosedur Operasi Standard (SOP) masjid di negeri ini dalam masa terdekat. 

Yang Dipertua MIS Datuk Misnu Taha berkata, MIS hanya boleh mencadangkan SOP yang bersesuaian di masjid mengikut situasi semasa dan bergantung kepada kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak. 

“MIS sekadar mencadangkan kepada JPBN Sarawak dan merekalah yang berkuasa untuk meluluskannya. 

“Ia merupakan satu ketetapan yang telah dibuat JPBN Sarawak,” ujarnya pada Rabu.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media khas pada Selasa telah mengumumkan peralihan fasa endamik pada 1 April nanti dan membenarkan solat saf berjemaah secara rapat di masjid dan surau. 

Tambah Datuk Misnu lagi, tatacara sembahyang di masjid dan surau tetap dikekalkan walaupun berlaku perubahan SOP nanti.

Ini antara lain mengimbas aplikasi MySejahtera dan membawa sejadah sendiri. 

Previous article4 pesara polis Sarawak terima Pingat Jasa Pahlawan Negara
Next articleSarawak dahului negeri lain dalam pembangunan digital, tenaga hijau
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here