Tempatan Peralihan fasa endamik, Sarawak benarkan pembukaan sempadan tertakluk kepada SOP

Peralihan fasa endamik, Sarawak benarkan pembukaan sempadan tertakluk kepada SOP

20

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan melaksanakan beberapa pendekatan ke arah peralihan fasa endamik 1 April ini.

Pengerusinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, JPBN Sarawak akan membuka semula sempadan Sarawak dengan melaksanakan 9 keperluan.

Maklumat lanjut mengenai keperluan itu akan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Turut dimaklumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan aktiviti dan program keagamaan yang akan dikeluarkan Majlis Islam Sarawak dan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), manakala SOP Bazar Ramadhan dan Bazar Gawai akan dikeluarkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (MLGH).

“Sarawak juga membenarkan kehadiran pelancong dari luar negara tanpa perlu memohon ‘My Travel Pass” sebaliknya hanya perlu memuat turun dan mengisi Borang Pra Berlepas melalui Ikon Pengembara di MySejahtera.

“SOP berkaitan COVID-19 untuk mereka yang datang melalui udara dan darat akan disediakan,” katanya menerusi kenyataan media pada Isnin.

Tambah Datuk Amar Douglas lagi, mulai 1 April pengembara tidak perlu memohon EnterSarawak dan mengisi Borang Pengisytiharan E-Kesihatan (eHDF) sebaliknya memadai memuat turun aplikasi MySejahtera dan mengisi borang soal selidik yang berkaitan. -SN

Previous articleKPM gariskan 7 inisiatif utama tangani isu beg berat murid
Next articleAnak kelahiran Sarawak menang Anugerah Cinema Audio Society (CAS) 2022
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here