Nasional

Perang Rusia-Ukraine: Harga Makanan Dunia Melambung Naik

KUALA LUMPUR: Ketegangan di antara Rusia dan Ukraine telah memberi ancaman kepada penghantaran sebahagian tanaman ruji dunia, sekaligus menyebabkan berlakunya inflasi makanan yang semakin bertambah buruk.

Kebanyakan harga makanan melambung naik pada minggu ini, dari harga gandum, jagung dan juga kacang soya.

Menurut penganalisis Rabobank, krisis peperangan ini akan menaikkan harga gandum sebanyak 30 peratus dan jagung sebanyak 20 peratus akibat terjejasnya eksport negara Ukraine.

Kedua-dua negara tersebut merupakan pengeluar terbesar gandum dan jagung di dunia, namun krisis ini menyebabkan berlaku peningkatan harga komoditi.

Eksport komoditi Ukraine terjejas akibat penutupan sektor pelabuhan dan laluan kereta api di negara itu.

Sejarah menunjukan rekod harga makanan global yang melonjak ke paras tertinggi sejak beberapa bulan lalu.

Walaupun begitu, penghantaran tanaman ruji bukan satu-satunya faktor yang melonjakkan inflasi makanan, tetapi negara Rusia juga merupakan pengeksport kos rendah bagi hampir semua jenis baja.

Memandangkan kebanyakan makanan yang ada memerlukan penggunaan baja, ia menjadi sukar untuk mengukur kepentingan komoditi itu kepada rantaian bekalan makanan.

Faktor lain yang menyebabkan kenaikan harga makanan dunia ialah perubahan cuaca melampau yang menyukarkan penghasilan tanaman, kekurangan tenaga kerja dan juga kos perkapalan lebih tinggi yang menyempitkan rantaian bekalan.

Tidak dapat dinafikan insiden peperangan boleh menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan termasuk di Malaysia.

Bagaimanapun, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi kesan kenaikan itu tidak berlaku secara mendadak di seluruh dunia.

Justeru itu, peniaga tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan atau perkhidmatan mereka.

#sarawaknews

#hanyauntuksarawak

Pasukan Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) dari SFC yang diketuai Dr. Mohd Izwan Zulaini telah mengerahkan pasukannya untuk mengambil reptilia sepanjang 14.4 kaki itu yang ditemui berselirat dalam jaring di Sungai Sarawak.

“Penemuan bedah siasat boleh menjelaskan lebih lanjut punca sebenar kematian buaya itu, yang akan kami kongsikan kepada orang ramai pada masa akan datang.

“Walaupun kami tidak mengesyaki perbuatan keji pada masa ini, laporan bedah siasat akan membantu menjelaskan kematian reptilia itu.

“Semua buaya dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998,” kata Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengawal Hidupan Liar SFC Haji Zolkipli Mohamad Aton.-SN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *