Dunia Perang Rusia-Ukraine: Jerman kurangkan import minyak dan arang batu Rusia

Perang Rusia-Ukraine: Jerman kurangkan import minyak dan arang batu Rusia

21

BERLIN: Jerman mengikat kontrak dengan pembekal minyak dan arang batu yang baharu bagi mengurangkan kebergantungan kepada Rusia, sebagai negara pembekal utama bahan api itu.

Menteri Ekonomi dan Iklim, Robert Habeck berkata, ia bakal mengurangkan daripada 35 peratus kepada 25 peratus import minyak Rusia.

Manakala, import arang batu dari negara itu akan turut dikurangkan daripada 50 peratus kepada 25 peratus.

Selain itu, 55 peratus import gas Rusia ketika ini, akan dikurangkan kepada 40 peratus pada minggu-minggu akan datang.

Bercakap kepada media di Berlin pada Jumaat, Habeck menjelaskan, pendekatan terbaharu negara Eropah itu akan dilakukan dalam masa beberapa minggu lagi.

Jerman juga menyasarkan untuk menjadi negara bebas daripada gas Rusia menjelang pertengahan tahun 2024.

Susulan itu, bagi mencapai sasaran itu, Jerman telah menyediakan tiga terminal terapung yang mampu memulihkan bekalan gas asli cecair (LNG) yang dibawa masuk melalui kapal.

Dalam masa sama, negara itu sedang berusaha membina terminal LNG kekal untuk import jangka panjang.-AGENSI

Previous articleSatu daripada dua dewasa hadapi masalah berat badan berlebihan
Next articleMulai 1 April ini, penumpang dari Semenanjung dan Sabah ke Sarawak tidak tertakluk kepada SOP
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here