KUCHING: Lebih 3,000 peserta daripada 75 kontinjen telah menyertai perarakan sempena sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka di Padang Merdeka, Kuching hari ini.
Di samping itu, ribuan pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat juga turut hadir bagi bersama memeriahkan sambutan hari bersejarahpada tahun ini.
Perarakan kontinjen melibatkan pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun atau GLC, pihak berkuasa tempatan dan persatuan di negeri ini.
Semasa perarakan, kontinjen yang bertanding bukan sahaja mengenakan pakaian yang berwarna-warni, malah turut menghiburkan penonton dan pengunjung dengan tarian ringkas masing-masing.
Selain itu, turut menyertai perarakan tersebut ialah kontinjen khas serta kontinjen keselamatan dan pertahanan awam.
Lebih menarik, 2,000 peserta perarakan melakukan formasi 60 tahun di mana payung emas dan selendang digambarkan dalam logo itu.
Pembentukan nombor 60 juga menggambarkan Sarawak kuat dalam perpaduan serta keterangkuman dalam kepelbagaian.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang turut hadir menyempurnakan acara berkenaan.
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news
Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/