Tempatan Perdana Menteri dijangka rasmikan Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022

Perdana Menteri dijangka rasmikan Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022

16

KUCHING: Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan merasmikan Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 di Tebingan Kuching pada Sabtu.

Kehadiran beliau pastinya dinantikan seluruh rakyat Sarawak bagi mengucapkan terima kasih kepadanya yang membolehkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2021 Perjanjian Malaysia 1963 yang telah diluluskan Dewan Rakyat pada 14 Disember 2021.

Kelulusan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2021 ini telah membuka lembaran baharu kepada Sarawak dalam menuntut dan mendapatkan hak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Selain Perdana Menteri, turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Tuan Yang Terutama (TYT) DiPertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan Menteri Pelancongan, Budaya dan Seni (MOTAC) Dato Sri Nancy Shukri.

Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 telah bermula pada 24 Februari lepas sehingga 27 Februari ini diadakan di Tebingan Kuching dan Padang Merdeka dengan pelbagai acara menarik diadakan.

Ini termasuklah Festival Gendang Sarawak, Festival Kraf Sarawak, Konsert Sape dan banyak lagi.

Menurut MOTAC, kehadiran pengunjung di program itu perlu melalui kawalan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat yang bertujuan mengelak penularan wabak COVID-19.-SN

Previous articlePembukaan sempadan antarabangsa, Sarawak belum buat keputusan
Next articlePesta ‘Bubuk’ Miri 2022 12 & 13 Mac Ini
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here