Nasional

Perdana Menteri puji usaha Sarawak perintiskan penggunaan tenaga hijau

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji usaha Sarawak atas langkah progresifnya untuk melindungi alam sekitar dan mengurangkan kesan perubahan iklim.

Beliau berkata, Malaysia harus mencontohi usaha Sarawak dalam memperintiskan kenderaan menggunakan tenaga hidrogen serta Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS).

“Kita wajar mencontohi usaha Sarawak memperintiskan kenderaan menggunakan tenaga hidrogen serta CCUS.

“Kerajaan bercadang menyediakan insentif khusus bagi menggalak aktiviti pertumbuhan hijau baharu sebegini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Peluncuran “Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat” di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Kuala Lumpur pada Khamis.

Selain itu, Anwar turut memaklumkan, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional Malaysia (NETR) akan dirasmikan bagi mempercepat peralihan tenaga dan mengubah cara tenaga dijana di Malaysia demi memjamin ketahanan iklim.

“Antara ikhtiar utama termasuklah meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga boleh baharu, pemasangan panel solar di bangunan Kerajaan, serta dasar perdagangan tenaga boleh baharu melalui sistem pasaran elektrik,” jelasnya.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *