Tempatan Perdana Menteri secara prinsip setuju penubuhan Tabung Amanah Negeri -Abang Jo

Perdana Menteri secara prinsip setuju penubuhan Tabung Amanah Negeri -Abang Jo

10

KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim secara prinsipnya bersetuju dengan penubuhan tabung amanah negeri yang dicadangkannya.

Jelas Abang Johari tabung amanah berkenaan dicadangkan ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan khusus bagi mengawal selia dana serta projek Kerajaan Persekutuan yang diluluskan untuk Sarawak.

Beliau berkata pendekatan baharu itu telah dibincangkan bersama Anwar yang juga memegang portfolio Menteri Kewangan dalam satu perjumpaan semalam.

“Saya berbincang dengan Perdana Menteri supaya satu pendekatan baharu diwujudkan dalam pentadbiran (melibatkan) pusat dan negeri.

“Beliau telah bersetuju pada prinsipnya supaya pembangunan di Sarawak yang mempunyai dana daripada Persekutuan akan dilihat semula,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Dewan Persatuan Badminton Sarawak dan Kejohanan Piala Abang Jo 2022 hari ini.

Tambah Abang Johari sebagai contoh, peruntukan dana pembangunan RM4.6 bilion bagi Sarawak dalam Belanjawan 2022 akan diletakkan di bawah tabung amanah berkenaan.

Rangka kerja bagi penubuhan tabung itu akan ditentukan oleh jawatankuasa di antara Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri.-AWANI

Previous articleTahniah Gabungan Parti Sarawak
Next articleRampasan dadah kedua terbesar di Sibu, suspek berusia 29 tahun diberkas
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here