Tempatan Perdana Menteri tiba di Kuching untuk rasmikan Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022

Perdana Menteri tiba di Kuching untuk rasmikan Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022

12

KUCHING: Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada Sabtu.

Kedatangan beliau ke Sarawak adalah bagi merasmikan Program Citrawarna #Keluarga Malaysia 2022 yang akan berlangsung malam ini di Tebingan Kuching.

Ketibaan Perdana Menteri di KIA disambut oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg; Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Menteri Pelacongan, Seni dan Budaya Malaysia, Dato Sri Nancy Shukri.

Turut hadir Setiausaha Persekutuan, Datuk Amir Omar; Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Ik Pahon Joyik dan Pengarah Imegresen, Datu Ken Leben.

Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga Dato Sri Ismail Sabri berkunjung ke Sarawak selaku Perdana Menteri.

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib juga dijangka hadir pada majlis perasmian malam ini.– SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleSelamat Datang PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Ke Sarawak
Next articleProgram Citrawarna Keluarga Malaysia ketengah keunikan Sarawak
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here