Tempatan Perkhidmatan awam Sarawak akan terus guna bahasa Inggeris: Abang Zohari

Perkhidmatan awam Sarawak akan terus guna bahasa Inggeris: Abang Zohari

8

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menegaskan perkhidmatan awam Sarawak akan terus menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi bersama-sama dengan bahasa kebangsaan.

Katanya, pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.

“Saya harap jangan ini jadi polemik. Sarawak, mempunyai pendirian sendiri…sila terus gunakan bahasa Inggeris. ‘Sik kenak penalty’. Penjawat awam Sarawak, anda boleh menggunakan bahasa Inggeris. Penjawat awam Persekutuan, saya tidak tahu kerana tuan kamu berbeza,” katanya berucap dalam Majlis Ulangtahun Ke-50 Yayasan Sarawak di Hotel Pullman, Kuching pada Selasa.

Katanya, walaupun sesetengah pihak merujuk kepada kisah kejayaan Jepun disebabkan mereka bertutur dalam bahasa Jepun tetapi pelajar dari negara itu masih perlu belajar bahasa Inggeris apabila menuntut di Eropah atau Amerika Syarikat.

“Sama ada anda suka atau tidak, untuk memperoleh teknologi dan pengetahuan terkini anda mesti menguasai bahasa Inggeris dengan baik untuk memahami apa yang berlaku di seluruh dunia,” katanya.

Pada 24 Mei lalu, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dapat meneliti tindakan yang boleh diambil ke atas pihak mengambil mudah arahan berkaitan pemerkasaan penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan itu.

Dalam pada itu, Premier Sarawak menegaskan bantuan biasiswa yang disediakan oleh Yayasan Sarawak adalah untuk semua rakyat di negeri ini tanpa mengira kaum.

Jelasnya, ini bagi menepis tanggapan segelintir masyarakat yang berpendapat Yayasan Sarawak hanya memberikan bantuan biasisiwa kepada Bumiputera atau Melayu sahaja. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articlePencerobohan laut Sabah dan Sarawak oleh China harus dipandang serius
Next articleJom sertai Program Mari Mencuba Sukan Muaythai dan Bengkel Asas Muaythai hujung minggu ini
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here