Nasional Permohonan permit umrah Ramadan sudah dibuka

Permohonan permit umrah Ramadan sudah dibuka

4

KUALA LUMPUR: Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Saudi mengumumkan permohonan permit untuk mengerjakan ibadah umrah sepanjang Ramadan dibuka bermula semalam dan boleh dimohon melalui aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna.

Kementerian itu menerusi kenyataan dimuat naik di laman Twitter rasminya berkata, ini bagi memudahkan bakal jemaah umrah Ramadan menyusun perancangan mereka lebih awal.

Bagaimanapun, kementerian mengingatkan jemaah yang mahu menukar tarikh tempahan permit akan diminta membatalkan permohonan terdahulu dan membuat permohonan baharu.

“Langkah ini bagi memberi peluang sama rata kepada jemaah lain membuat tempahan,” katanya.

Kenyataan itu berkata, slot tempahan umrah pada Ramadan akan ditambah kepada 12 slot sehari berbanding lapan slot sebelum ini. –BERNAMA

Previous articleSudahlah projek lewat, terpaksa rayu kepada kontraktor untuk percepatkan projek
Next articleRusia umum genjatan senjata
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here