Tempatan

Permohonan SPK Gedong Baru dibuka hari ini

KUCHING: Permohonan bagi Skim Pembesaran Kampung (SPK) Gedong baru yang dibangunkan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak mula dibuka hari ini. 

Individu yang layak boleh membuat permohonan menerusi laman sesawang https://jts.sarawak.gov.my/ares/. 

Setiap permohonan akan diproses JTS Bahagian Samarahan. 

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan SPK Gedong Baru boleh menghubungi JTS Bahagian Samarahan di talian 082-671213 atau emel landsurvey@sarawak.gov.my.

JTS dalam satu kenyataannya memberitahu, Kerajaan Sarawak menerusi JTS akan melaksanakan Skim Penempatan Smeula (SPS) dan SPK yang menyediakan lot-lot kediaman yang lebih selesa, terancang dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti rangkaian jalan, sistem perparitan, bekalan air dan elektrik. 

“Selain itu, Kerajaan Sarawak turut memperkenalkan dasar baharu iaitu penambahbaikan terhadap spesifikasi dan komponen infrastruktur asas di skim-skim baharu SPS dan SPK yang akan dilaksanakan,” katanya. 

Projek SPS dan SPK ini lebih tersusun dengan menggunakan pendekatan baharu seperti penambahbaikan infrastruktur asas seperti jaringan jalan raya yang dahulunya hanya jalan batu (gravel road) dan kini dinaik taraf kepada jalan berturap (tar-sealed road).

“Turut ditambah baik oalah lot-lot yang dahulunya diagihkan tanpa ditimbus/tembok (unfilled) kini akan ditimbus/tembok (filled) dan sistem perparitan di dlaam skim yang dahulunya hanya parit tanah (earth drain) telah ditambah baik dengan parit konkrit (concrete drain). 

“Semua kos tembok, jalan bertar, parit konkrit ini akan ditanggung Kerajaan Sarawak lebih kurang RM100,000 hingga RM120,000 per lot,” jelasnya. 

Satu lagi inisiatif baharu Kerajaan Sarawak dalam SPS dan SPK ini adalah mengurangkan kadar premium  sebanyak 50 peratus bagi lot kediaman di semua SPS dan SPK adalah tidak melebihi RM2,500 selot. 

Inisiatif tersebut dilaksanakan bagi meringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah yang terlibat dalam skim-skim berkenaan untuk menyelesaikan pembayaran premium. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *