Tempatan

PERNAS sasar pembiayaan RM 5 juta di Sarawak

KUCHING: Menerusi penganjuran Program Bizfrancais 2023 yang diadakan di Sarawak, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) menyasarkan untuk membiaya RM5 juta bagi membantu usahawan dalam industri francais di negeri ini.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Pembangunan Usahawan) Dr Ripin Lamat berkata, sejak tahun 2010 sehingga kini, PERNAS telah membiayai RM19 juta di Sarawak.

“Pembiayaan itu telah melibatkan 65 syarikat di negeri Sarawak,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian Program Bizfrancais 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada Sabtu.

Ripin mendedahkan, sehingga 30 Mac 2023, Sarawak memiliki sebanyak 16 syarikat francaisor.

Beliau memaklumkan, Sarawak mempunyai tujuh pra-francaisor program Business In Transformation (BIT) iaitu dFRentz, Cendol Mami, Anas Popcorn, Abg K’Ju, Dofa, Don’s Burger dan Suzee.

Sementara itu, katanya lagi, terdapat 11 jenama francaisor tempatan juga ada di Sarawak iaitu Sugarbun, Chickylicious, Taka Patisseries, Coffee O Corner, Singapore Chicken Rice, Go-Fun-Kee, Place2Stay Hotel, Allunique, Chicago-7, Sharing Planet dan Potato Story.

Terdahulu semasa berucap daam majlis perasmian, Ripin berharap, para usahawan Sarawak sentiasa mengembangkan perniagaan masing- masing dan sentiasa mengadaptasi teknologi terkini terutama pendigitalan serta inovasi produk masing- masing supaya sentiasa mengikut trend perniagaan terkini.

Selian itu katanya, beliau juga berharap produk dan perniagaan di negeri ini yang boleh dikembangkan ke peringkat nasional.

“Usahawan perlu ada rancangan yang lebih terperinci dan juga pengurusan kewangan yang teratur.

“Di sini saya rasa pihak PERNAS, agensi-agensi lain dan kementerian boleh membantu di dalam mengembangkan perniagaan- perniagaan para usahawan francais ini,” jelasnya.

Sarawak merupakan lokasi kedua bagi siri jelajah Program BizFrancais pada tahun ini yang mana lokasi pertama telah diadakan di Ipoh, Perak.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *