Tempatan Perompak kubur kembali bermaharajalela, 11 kubur di Paku Spaoh dicerobohi

Perompak kubur kembali bermaharajalela, 11 kubur di Paku Spaoh dicerobohi

5

SPAOH: Perompak kubur terus bermaharajalela, kali ini 11 lagi kubur di Perkuburan Batu Anchau di Paku Spaoh diceroboh dan diselongkar.

Kejadian terbaharu itu dipercayai berlaku pada Sabtu lepas dan disedari oleh penduduk rumah panjang berdekatan yang kebetulan meninjau kawasan perkuburan tersebut.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Spaoh pada hari berikutnya.

Perkuburan Batu Anchau adalah milik lima buah rumah panjang di situ iaitu Rumah Panjang Beduru Paku, Rumah Panjang Matop Paku, Rumah Panjang Tanjong Lama Paku, Rumah Panjang Tanjong Baru Paku dan Rumah Panjang Kerangan Pinggai Paku.

Difahamkan, kejadian menyedihkan itu bukan yang pertama kali berlaku.

Sebelum ini pernah ada pencerobahan seumpama itu berlaku di perkuburan yang sama.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan dan pihak polis diharap dapat mencegah pekara tersebut secepat mungkin agar pelaku tindakan keji itu dapat dibawa ke muka pengadilan.

Ini kerana perkara seupama itu menyinggung perasaan keluarga saudara mara si mati. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleKerajaan Sarawak akan bentang satu RUU berkaitan tanah untuk mantapkan lagi hak Sarawak
Next articleKerajaan perlu kaji semula klausa dalam undang-undang yang tidak boleh dicabar di mahkamah
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here