Tempatan

Persidangan Hari Pelancongan Sedunia diadakan di Miri dari 23-24 Sept ini

MIRI: Persidangan Hari Pelancongan Sedunia akan diadakan di Pullman Miri Waterfront dari 23 hingga 24 September 2023.

Universiti Curtin Malaysia yang merupakan hos bersama persidangan berkenaan memberitahu, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Persatuan Penyelidik Sarawak dan Pusat Bertanggungjawab Borneo (REBORN) untuk menganjurkan acara berkenaan.

“Bertemakan ‘Pelancongan dan Pelaburan Hijau’, acara ini akan membawa pemimpin industri, pakar pelancongan, dan pegawai kerajaan untuk meneroka tren dan inovasi terkini dalam sektor pelancongan.

“Semasa persidangan ini, penceramah terkenal dari pelbagai sektor industri pelancongan akan berkongsi pandangan dan pengalaman mereka mengenai topik seperti amalan pelancongan mampan, transformasi digital, strategi pemasaran destinasi, dan masa depan pelancongan.

“Para peserta akan berpeluang menimba ilmu yang berharga, bertukar-tukar idea, dan meneroka potensi perkongsian yang akan memacu industri pelancongan ke hadapan

Antara pengisian utama acara itu ialah bengkel komprehensif dan sesi panel

menampilkan pegawai kerajaan yang akan membincangkan dasar, insentif dan inisiatif yang bertujuan menggalakkan pertumbuhan pelancongan dan daya tahan di Miri melalui penganjuran acara,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh pada Rabu.

Kenyataan sama berkata, sebagai sebahagian daripada program acara, delegasi juga akan berpeluang merasai tarikan dan tawaran unik Miri.

Pelbagai lawatan selepas acara, mempamerkan keindahan semula jadi kawasan, warisan budaya dan hidangan kulinari, akan disediakan untuk para perwakilan untuk menyertainya.

Di samping itu, pasar komuniti juga akan diadakan di Coco Cabana pada 24 September 2023 dari 9 pagi hingga 7 malam untuk memperingati Hari Pelancongan Sedunia, serta mempromosikan perniagaan tempatan dan memupuk penglibatan masyarakat.

Bersempena dengan acara itu dan sebagai cara untuk meraikan dan mempromosikan bakat tempatan, Curtin Malaysia akan menganjurkan ‘Peraduan Cat dan Rancang Seni dan Rekaan Bandar Impian’ yang mana penyertaan yang menang akan dipamerkan di Coco Cabana.

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi pasar komuniti dan melawat pameran seni kerana ia merupakan platform yang sangat baik untuk bertemu dengan pihak berkepentingan pelancongan dan menyokong ekonomi tempatan.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *