Tempatan

Pesta Kaul Oya bermula dari 19 – 21 April 2024

DALAT: Pesta Kaul Oya tahun ini bakal diadakan bermula dari 19 hingga 21 April depan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, perasmian akan berlangsung pada 21 April yang akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Acara perasmian dijangka berlangsung pada 21 April 2024 secara tradisional iaitu perarakan dalam perahu di Sungai Oya yang mana tetamu kehormat akan menyaksikan keindahan Sungai Oya yang dilengkapi benteng hakisan dan tebingan sungai,”katanya selepas mesyuarat mengenai pesta berkenaan di Kompleks Kebajikan Dalat pada Khamis.

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat menambah, Pesta Kaul Oya itu akan dimeriahkan dengan upacara menghantar ‘Serahang’, pameran seni dan warisan serta tradisi Melanau.

Selain itu katanya, pelbagai makanan Melanau, permainan Melanau, parubatan masyarakat Melanau serta pameran pakaian Melanau dan muzik Melanau akan turut diketengahkan.

Kredit foto: UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *