Tempatan

Pesta Kebudayaan Borneo bermula 15 hingga 23 Julai di Dataran Tuanku Bujang Sibu

SIBU: Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) yang merupakan cara tahunan di sini setiap tahun akan bermula hari ini.

Selepas dua tahun tidak dapat diadakan disebabkan pandemik COVID-19, orang ramai akan kembali membanjiri Dataran Tuanku Bujang dengan menikmati makanan enak berasal dari bandar ini dan Sarawak bermula hari ini sehingga 23 Julai depan.

Sebanyak 60 gerai makanan yang mewakili pelbagai etnik akan mempamerkan kekayaan hidangan negeri ini.

Timbalan Pengerusi, Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Bujang Abdul Majid berkata, kesemua gerai yang mengambil bahagian akan beroperasi di Dataran Tuanku Bujang.

“Gerai makanan yang dibuka merangkumi tiga bahagian iaitu bahagian Melayu dan Melanau, Dayak dan Cina.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 18 gerai akan menyediakan juadah Melayu dan Melanau manakala bahagian Dayak dan Cina masing-masing mempunyai 20 buah gerai,” katanya dalam sidang media pada Khamis.

Tambah Bujang lagi, sambutan yang menggalakkan terhadap food street dan Tradex yang telah bermula pada 8 Julai lepas di Astaka Cina telah meyakinkan pihaknya untuk melanjutkan BCF selama lima hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *