Tempatan Petikan Sape Citrawarna lakar sejarah catat dalam ‘Malaysia Book of Records’

Petikan Sape Citrawarna lakar sejarah catat dalam ‘Malaysia Book of Records’

2

KUCHING: Sarawak mencatat rekod pemain Sape teramai dalam ‘Malaysia Book of Records’ apabila menampilkan 257 pemuzik Sape dalam program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 di Tebingan Kuching pada Ahad. 

Lebih menarik lagi, acara bersejarah itu menampilkan kelainan tersendiri apabila persembahan diadakan di atas Jambatan Darul Hana selain di pentas utama yang terapung di Sungai Sarawak.

Konsert Sape yang bertemakan “Rentak Kamek Urang” merupakan salah satu pengisian program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 “Temasya Kepelbagaian Budaya” yang telah dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu. 

Selain pemain-pemain Sape, konsert itu turut menampilkan artis-artis terkenal seperti Datuk Jamal Abdillah, Bob Yusof, Dewi Liana Sariestha, Jimmy Palikat, Ricky Andrewson Ngalai, Melissa Francis, maestro Roslan Madun serta kumpulan At Adau dan Meruked. 

Persembahan itu turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Saraya Arbi dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. -SN 

Sumber gambar: Firdaus Arasy Idris

Previous articleCitrawarna jadi penanda aras acara lain – Nancy Shukri
Next article‘Bujang Satok’ ditemui mati, dibedah siasat cari punca kematian
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here