Tempatan PETROS tawar diskaun sehingga RM10 kepada penggunanya

PETROS tawar diskaun sehingga RM10 kepada penggunanya

7

KUCHING: Berita baik untuk masyarakat di Sarawak apabila stesen pengisian bahan api bersepadu, Petroleum Sarawak Berhad (Petros) menawarkan potongan sehingga RM10 untuk penggunanya.

Tawaran istimewa terbabit khas kepada pengguna yang mengisi bahan api kenderaan mereka di stesen yang dikendalikan oleh SEDC Energy Sdn. Bhd., selepas itu mereka akan diberikan baucer.

Baucer itu kemudiannya boleh digunakan apabila melakukan pengisian bahan api seterusnya, manakala pembayaran mesti dibuat menggunakan aplikasi SPay Global.

Setiap pengguna dibenarkan menerima satu baucar sahaja yang dihadkan pada RM10.

Selain itu, melalui pengimbasan dan mendapatkan baucar ini, pengguna akan menjadi ahli kad kesetiaan pengumpulan mata SEDC Energy.

Terdahulu, stesen pengisian bahan api bersepadu 3 dalam 1 pertama di Malaysia itu telah memulakan operasinya di Darul Hana, Petra Jaya, pada 19 Mac lalu.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah merasmikan pelancarannya pada 1 April lalu.

Previous articleKerajaan Sarawak cari inisiatif selesaikan projek bermasalah dan lewat siap
Next articleJambatan Satok ditutup sementara mulai 6 hingga 9 April ini
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here