Tempatan PETROSNiaga pasar silinder LPG Petronas, Petros bermula hari ini

PETROSNiaga pasar silinder LPG Petronas, Petros bermula hari ini

13

KUALA LUMPUR: Bermula hari ini, semua silinder Gas Petroleum Cecair (LPG) PETRONAS (hijau) dan PETROS (merah) dipasarkan oleh PETROSNiaga Sdn Bhd (PNiaga).

Selain itu, semua pengedar LPG PETRONAS sedia ada kini adalah pengedar LPG PETROS.

Ia selepas Petronas Dagangan Berhad (PDB) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) memeterai penyempurnaan Perjanjian Pemindahan Perniagaan dan Langganan Saham (BTSSA) untuk PNiaga.

Dalam kenyataan media dikeluarkan pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETROS, Janin Girie berkata, pengoperasian ini merupakan perkongsian strategik dalam memenuhi aspirasi Kerajaan Sarawak untuk perniagaan LPG kendalian PETROS di seluruh negeri dan merealisasikan hasrat Ordinan Pengagihan Gas Negeri 2016.

“Komitmen bersama kami adalah untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan LPG kami di Sarawak, dengan menjadikan bahan api harian yang penting untuk rakyat Sarawak dengan lebih saksama terutamanya bagi mereka di kawasan luar bandar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani dalam kenyataan media sama berkata, pihaknya komited untuk terus berkhidmat kepada masyarakat Sarawak.

“Perkongsian ini adalah langkah strategik untuk menggabungkan kekuatan, pengalaman dan kecekapan kedua-dua syarikat minyak dan gas untuk menyampaikan perkhidmatan dan nilai yang unggul untuk pelanggannya, sambil meningkatkan pasaran LPG di negeri ini,” katanya dalam kenyataan media sama.

BTTSA yang telah dimuktamadkan dengan PETROS itu melibatkan pelupusan Perniagaan LPG Sarawak PDB kepada PNiaga dan langganan 49 peratus pegangan ekuiti dalam PNiaga.

Dalam pada itu, PetrosNiaga turut menampilkan Lembaga Pengarah bersama yang dipengerusikan oleh Abang Arabi Abang Narudin dan Wakil Pemegang Saham dari PETROS dan PDB.-SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleLanggar lari, remaja meninggal dunia
Next articleKerajaan Sarawak Ambil Alih Projek Perumahan Sentoria
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here