Sukan Tempatan

Philomena Dexclyn sasar capai emas lagi dalam kejohanan dunia di Seoul kelak

KUCHING: Atlet bina badan wanita negara Sarawak, Philomena Dexclyn Siar mensasarkan pingat emas dalam kejohanan dunia di Seoul nanti.

Philomena yang merupakan wanita Bidayuh yang berusia 40 tahun itu berharap, kejayaan yang diukir di pentas Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Asia ke-55 di Nepal baru-baru ini dengan memperoleh pingat emas bagi acara Fizik Sukan Wanita (lebih 165 cm) akan dapat diulangi semasa di kejohanan dunia berkenaan.

“Saya harap saya dapat teruskan lagi kejayaan yang sama untuk Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia ke-14 di Seoul, Korea Selatan akan diadakan pada 6 hingga 12 November 2023,” katanya ketika ditemui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini pada Jumaat.

Sementara itu, bercakap mengenai kejohanan di Nepal, Philomena menzahirkan rasa gembira dengan emas pertamanya untuk Asia itu sepanjang penglibatan dalam dunia sukan bina badan.

Di samping itu ujarnya, kejayaan itu juga memberi kejutan kepadanya sekaligus bersyukur atas usahanya selama ini yang telah mula berkecimpung dalam dunia sukan bina badan sejak 2017.

Philomena dalam kejohanan di Nepal berjaya menewaskan Nguyen Thi Kim Cuong dari Vietnam yang mendapat tempat kedua dan Ajaree Tansub dari Thailand yang mendapat tempat ketiga.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

X : https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@SarawakNewsofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *