Nasional PM ajak umat Islam baca dan hayati al-Quran

PM ajak umat Islam baca dan hayati al-Quran

1

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak umat Islam membaca dan menghayati al-Quran agar tergolong dalam kalangan insan yang bertakwa.

Beliau menerusi catatan di Facebook hari ini berkata Ramadan antara masa terbaik untuk umat Islam menghayati kandungan kitab suci itu dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah SWT.

“Pada 17 Ramadan, ayat pertama al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’.

“Alhamdulillah, Fasa Peralihan Ke Endemik kini juga membolehkan kita bersama-sama bertadarus di masjid,” katanya.

Catatan Facebook itu turut memuatkan poster Salam Nuzul Al-Quran daripada Perdana Menteri.

Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda. -BERNAMA

Previous articleKPDNHEP siasat isu harga tiket penerbangan domestik tinggi
Next articleEkonomi baru perkenal Sarawak di mata dunia
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here