Nasional PM jemput Keluarga Malaysia hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Ahad ini

PM jemput Keluarga Malaysia hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Ahad ini

17

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjemput seluruh Keluarga Malaysia untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pada Ahad ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini, Ismail Sabri berkata, majlis akan diadakan di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya bermula 10 pagi hingga 4 petang.

“Kita berkumpul dan bersama-sama meraikan Aidilfitri sebagai sebuah keluarga besar, Keluarga Malaysia.

“Insya-Allah banyak juadah enak disajikan, untuk Keluarga Malaysia yang tersayang. Kita jumpa nanti ya…” katanya.

Jabatan Perdana Menteri menerusi hantaran Facebook pada 30 April lalu memaklumkan, semua yang hadir perlu mematuhi prosedur operasi standard terkini semasa Fasa Peralihan Ke Endemik dan digalakkan memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan fizikal.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal dan media sosial JPM dari semasa ke semasa. – BERNAMA

Previous articleMedia tetap perlu sedikit kawalan – Zaini Hassan
Next articleBelum bayar zakat fitrah, wajib qada zakat fitrah – Mufti Kelantan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here