Tempatan Pokok tumbang, dua kenderaan rosak

Pokok tumbang, dua kenderaan rosak

17

KUCHING: Dua kenderaan rosak selepas dihempap pokok tumbang ketika kejadian hujan lebat dan angin di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada Selasa.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, seramai 8 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3:49 petang. 

“Komander operasi melaporkan pemeriksaan mendapat sebatang pokok yang dianggarkan 40 kaki panjang telah tumbang dan menyebabkan lalluan di lokasi terhalang.

“Kejadian pokok tumbang berkenaan juga telah menghempap dua buah kereta jenis Perdoua Axia dan Proton serta tidak melibatkan kemalangan jiwa,” katanya.

Kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang masih giat dijalankan pasukan Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majli Daerah Padawan.

Previous articlePandelela rangkul gangsa, penerjun tiga terbaik dunia
Next articleJawatankuasa khas jamin sekurIti makanan ditubuhkan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here