Nasional Polis beri perhatian 4 jenis kesalahan dalam fasa endamik 1 April ini

Polis beri perhatian 4 jenis kesalahan dalam fasa endamik 1 April ini

5

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menumpukan penguatkuasaan terhadap 4  Prosedur Operasi Standard (SOP) utama iaitu pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, pengoperasian premis dan penggunaan aplikasi MySejahtera dalam fasa endamik bermula 1 April ini.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Aidi Ismail berkata, pihaknya akan menumpukan penguatkuasaan SOP tersebut sebagai langkah penguatkuasa penularan wabak COVID-19.

“Kerajaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa negara kita akan mula memasuki fasa peralihan endemik bermula 1 April 2022.

“Sebagai mendukung kenyataan yang telah dikeluarkan itu, JPJKK akan memfokuskan di mana pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di tempat awam, sentiasa menjaga penjarakan fizikal di tempat yang sesak, premis beroperasi seperti syarat lesen dan penggunaan MySejahtera,” katanya Rabu.

Beliau berharap masyarakat akan lebih bertanggungjawab menjaga diri dan keluarga mereka dengan kelonggaran yang telah diberikan.

Terdahulu, pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April ini. -SN

Previous articleKos murah dan mudah, jenayah siber kini pilihan penjenayah
Next articleSepasang suami isteri dari Sarawak maut dipercayai terkena renjatan elektrik
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here