KUCHING: Polis Daerah Kuching kini sedang giat memburu seorang lelaki warga Indonesia yang terlibat dalam kes samun di sebuah kedai di Jalan Petanak, di sini pada 26 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, suspek yang hanya dikenali sebagai Rizal dan berusia sekitar 20-an.
“Suspek dikehendaki untuk membantu siasatan bersabit satu kes samun mendatangkan cedera yang dilaporkan berlaku pada 26 Mac sekitar jam 7.15 malam di sebuah kedai kopi,” katanya menerusi satu kenyataan, pada hari ini.
Menurutnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek diminta untuk tampil memberi kerjasama.
Maklumat berkenaan suspek juga boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Elvin Manjan menerusi talian 012-8989877 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sehubungan itu, orang awam yang menemui mangsa kemudian segera membantunya dan turut membuat laporan kepada pihak polis.