Tempatan Polis klasifikasi semula kehilangan Eric sebagai kes bunuh

Polis klasifikasi semula kehilangan Eric sebagai kes bunuh

12

KUCHING: Polis mengklasifikasikan semula kes membabitkan kehilangan seorang kanak-kanak berumur empat tahun, Eric Chang Wei Jie di sini sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata sebelum ini kehilangan Eric sejak 7 Mac disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Keputusan itu katanya dilakukan setelah menilai perkembangan siasatan berdasarkan siasatan terkini.

“Usaha pencarian diperluaskan dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin Wilayah 5 Kuching serta bantuan agensi luar seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sekitar perairan Sungai Muara Tebas dan kawasan sekitar,” ujarnya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, dua penjaga Eric yang telah ditangkap akan diteruskan reman untuk siasatan lanjut.

Ahsmon menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan andaian memandangkan kes masih dalam siasatan.

Eric dilaporkan hilang semasa dijaga pengasuhnya di Taman Riverview, Bintawa. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articlePembinaan ICQS Tebedu perlu diberikan perhatian
Next articlePelaksanaan gaji minimum RM1,500 akan diumum dalam masa terdekat
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here