Tempatan

Polis tahan seorang lelaki, rampas dadah jenis ketamin dan pil ecstacy berjumlah RM88,000

BINTULU: Polis menahan seorang lelaki dan rampas dadah jenis ketamin dan pil ecstacy dalam satu serbuan di sebuah kediaman di Pearl Garden malam pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Zulkipli Suhaili berkata, nilai keseluruhan rampasan kedua-dua jenis dadah itu dianggarkan berjumlah RM88,000.

Suspek seorang lelaki yang berusia 41 tahun itu ditangkap bersama dadah jenis ketamin seberat 92 gram, 9 paket berisi serbuk disyaki pil ecstacy seberat 322 gram dan masing-masing satu bekas plastik dan bungkusan yang disyaki pil ecstacy seberat 3,000 gram sekitar jam 8:00 malam Ahad.

Penahanan lelaki tempatan yang bekerja sebagai peniaga itu turut membawa kepada rampasan wang tunai berjumlah RM6,170 dipercayai hasil aktiviti penjualan dadah tersebut.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku kesemua dadah yang dirampas itu miliknya untuk dijual kepada pelanggan di sekitar Bintulu,” katanya dalam sidang media di IPD Bintulu pada Isnin.

Suspek kini direman selama 7 hari di lokap Balai Polis Pusat Bintulu untuk siasatan lanjut manakala hasil ujian air kencing suspek didapati positif dadah jenis ketamin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *