Dunia Premier Sarawak adakan kunjungan hormat ke atas PM Singapura

Premier Sarawak adakan kunjungan hormat ke atas PM Singapura

14

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mengetuai lawatan delegasi Sarawak ke Singapura mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di pejabatnya di Istana di Orchard Road, Singapura pada Khamis.

Kunjungan hormat itu adalah sebahagian daripada jadual rasmi lawatan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari di Singapura bagi mendapatkan pandangan tentang operasi dan pengurusan dana kekayaan Singapura.

Ia sekali gus menggalakkan kerjasama ekonomi antara republik Singapura dan Sarawak.

Turut mengiringi Premier Sarawak itu ialah Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.

Dalam kunjungan itu, diadakan perbincangan mengenai kepentingan bersama antara Sarawak dan Singapura serta isu-isu semasa yang mempengaruhi rantau ini dan dunia.

Terdahulu, pada sebelah pagi Premier Sarawak dan delegasi mengadakan kunjungan yang sama kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong.

Ini diikuti kunjungan kepada Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara Singapura Teo Chee Hean.

Pada petang, delegasi dari Sarawak itu melawat Temasek Holdings Private Ltd di ibu pejabatnya di mana delegasi diberi taklimat mengenai operasi dan pengurusan cabang pelaburan domestik kerajaan Singapura.

Previous articleJasad mendiang James selamat tiba di Miri
Next articleSarawak pelawa pelabur dari Singapura transformasi sektor pertaniannya
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here