Tempatan

Premier Sarawak berbuka puasa bersama penjawat awam

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg bersama Penjawat Awam Negeri berbuka puasa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, semalam.

Turut hadir ialah isteri kepada Premier Sarawak Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta tetamu kehormat yang lain.

Dalam majlis sama, Premier Sarawak juga telah menyampaikan sumbangan kepada 100 orang pelajar sekolah rendah dan menengah dari kawasan Petra Jaya.

Sumbangan itu adalah pemberian ikhlas daripada Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Wanita Sarawak di bawah Program Sumbangan Ikhlas MAKSAK Cares sempena Ramadan.

Pelajar berkenaan menerima wang tunai RM100 dan sehelai tuala mandi daripada dana MAKSAK Cares termasuk sumbangan buah kurma dan sehelai kain pelikat daripada Pejabat Premier Sarawak.

Premier Sarawak bersama penjawat-penjawat awam yang lain turut menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta tarawih.

Sumber foto: Pejabat Premier Sarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *